𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗑 𝗗𝗔𝗑 π—§π—˜π—žπ—‘π—œπ—žπ—”π—Ÿ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan khas lebih muatan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan dan pelbagai kesalahan teknikal.

Sebanyak 17 buah kenderaan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57(1) (b) (iv) APAD 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959. Kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, pasang strobe light tanpa kebenaran, ubah suai kenderaan dan tidak selenggara kenderaan dengan baik. Sebuah kenderaan barangan disita kerana pemandu tidak memiliki lesen memandu dan Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL).

 

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut