KERAJAAN PERSEKUTUAN TERUS JAMIN HAK BERAGAMA: EWON

MERIAH: Ewon (tengah) disambut mesra semasa tiba di majlis berkenaan.

RANAU: Kerajaan Persekutuan akan terus menjamin hak beragama di negara ini, termasuk hak masyarakat Kristian.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, kebenaran kepada masyarakat Kristian untuk menggunakan Alkitab yang mengandungi kalimah Allah merupakan bukti bahawa kerajaan menghormati hak semua masyarakat mengamalkan agama masing-masing.

“Kerajaan Persekutuan juga menyediakan peruntukan bagi Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang dikendalikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun Ke-60 Borneo Theological Seminary (BTS) di Namaus, di sini, hari ini.

Ewon berkata, pelantikan beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, mewakili Malaysia ke Vatican pada bulan lalu, bagi memberi penghormatan terakhir kepada Pope Francis, adalah mesej jelas usaha berterusan kerajaan dalam memupuk keharmonian antara agama.

“Ini memberikan mesej bahawa keharmonian dan perpaduan antara masyarakat pelbagai agama di Malaysia terus subur dan dijamin oleh Kerajaan Persekutuan sepertimana dalam Perlembagaan,” katanya.

Beliau juga berharap agar BTS terus melahirkan lebih ramai graduan menjadi pemimpin gereja.

“Peranan saya adalah untuk memimpin dalam bidang lain terutama bagi memastikan hak beragama terus dijamin, serta usaha memperkukuh kerjasama antara kaum dan agama di negara ini dapat dijayakan,” katanya.

Pada majlis itu, Ewon turut menyampaikan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada Tabung Biasiswa BTS sebagai sokongan terhadap pembangunan pendidikan teologi di Sabah.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut