CUBAAN SELUDUP KOSMETIK BERNILAI RM153,872 GAGAL

RAMPAS: Semua barangan kosmetik yang dirampas dan kedua-dua suspek dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Cubaan menyeludup masuk pelbagai barangan kosmetik dari negara jiran ke perairan negara digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam satu operasi di perairan utara Pulau Mataking, di sini awal pagi tadi.

Dalam operasi jam 12.20 tengah malam itu, sepasukan anggota PPM Semporna yang sedang menjalankan rondaan mengesan sebuah bot mencurigakan sebelum menahannya untuk pemeriksaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan menemui sebanyak 36 kotak mengandungi pelbagai barangan kosmetik.

“Semua barangan kosmetik berkenaan disyaki cuba diseludup masuk ke negara ini tanpa sebarang dokumen sah.

“Juragan bot turut gagal mengemukakan dokumen pemilikan, pendaftaran, resit pembelian atau kebenaran membawa masuk barang terbabit,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, dua lelaki warga Filipina masing-masing berusia 49 dan 52 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Turut dirampas ialah sebuah perahu kayu berwarna biru dan enjin sangkut 40HP, menjadikan anggaran keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM153,872.00.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967, manakala kedua-dua suspek diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut,” katanya

Beliau berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan operasi dan rondaan secara berterusan bagi membanteras aktiviti penyeludupan yang mengancam keselamatan serta ekonomi negara.

“Kerjasama orang awam amat dialu-alukan dan sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada pihak berkuasa bagi tindakan segera,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut