Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan melalui Ops Tiris dan Ops Jeriji merampas 73,460 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM203,484 di Bukit Pelandok dan Kuala Sawah, Port Dickson pada 14 Mei lalu.
Menurut Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan, operasi membabitkan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Johor itu dilaksanakan sekitar jam 9 malam. Turut disita empat motolori dan peralatan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM334,461.
Seramai tiga warga tempatan berusia antara 30-an hingga 50-an telah ditahan di tempat kejadian bagi membantu siasatan. Jika disabit kesalahan boleh dihukum di bawah akta yang sama iaitu jika pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM5 juta.
Sumber: Berita Harian