MELAKA MOHON BINA 10 NADI BAHARU

Kesidang- Kerajaan Negeri sudah memohon kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mewujudkan 10 buah lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang baharu, kata Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Fairul Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan berkata, kemudahan itu dirancang untuk dibina di beberapa lokasi sekitar Melaka, susulan sambutan menggalakkan yang diterima bukan sahaja dalam kalangam wakil rakyat tetapi juga komuniti setempat.

Katanya, setakat ini sebanyak 38 NADI beroperasi seluruh Melaka, sementara itu sebuah lagi kemudahan sama di Banda Hilir, kini sedang dalam peringkat pelaksanaan dijadualkan siap hujung bulan ini.

“Semakin ramai yang berminat terhadap inisiatif ini, saya didatangi wakil rakyat yang memohon agar NADI diwujudkan dalam kawasan mereka. Kita akan berbincang dan mendahulukan kawasan benar-benar memerlukan kemudahan ini.

“Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka mempunyai sekurang-kurangnya satu NADI, tetapi di sesetengah DUN ada dua kemudahan ini. Sementara itu berdasarkan taburan daerah Alor Gajah merekodkan jumlah paling tinggi dengan 15 NADI, diikuti Melaka Tengah sebanyak 13 dan 11 di lagi Jasin,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERKAMPUNGAN VETERAN ATM PAROI MANFAAT 17,000 PESARA JANA PENDAPATAN

Pusat Perniagaan Paroi akan dijadikan perkampungan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berfungsi sebagai pusat aktiviti penjajaan, ekonomi dan sosial …
Maklumat Lanjut

MELAKA MOHON BINA 10 NADI BAHARU

Kesidang- Kerajaan Negeri sudah memohon kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mewujudkan 10 buah lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional …
Maklumat Lanjut

PANTAI KLEBANG SEMAKIN ‘HIDUP’

Klebang – Sektor pelancongan di Klebang semakin rancak apabila pelbagai tarikan baharu telah dibangunkan di kawasan pesisir pantai. Ahli Dewan …
Maklumat Lanjut