DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang bersama JAS, AADK, lmigresen dan Pihak Konsensi PLUS telah membuat penguatkuasaan Ops Khas motosikal sempena perayaan HRA 2025, di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.
Penguatkuasaan ini bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap kelakuan penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333 ) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.
Pelbagai kesalahan dikesan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsuran, pamir nombor pendaftaran tidak ikut specifikasi dibenarkan, tidak pamir pelekat P, tiada cermin sisi dan ubahsuai motosikal tanpa kebenaran. Sebanyak 389 notis saman dan kesalahan teknikal telah dikeluarkan oleh JPJ dalam operasi ini.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang