5 KERUGIAN ORANG BERPUASA
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga peluang meraih pahala berlipat ganda. Namun, tanpa sedar, ada amalan yang boleh menyebabkan kita rugi besar. Bangun Sahur tanpa mendirikan sekurang-kurangnya 2 rakaat solat sunat
Meninggalkan hari-hari di bulan Ramadan tanpa bersedekah
Menunggu berbuka puasa tanpa berdoa
Menghabiskan waktu pagi dan petang dengan berbaring dan tidur atas alasan letih puasa
Langsung tidak membuka/membaca/mendengar al-Quran
Jangan sia-siakan Ramadan! Gandakan amal, rebut pahala, dan jadikan bulan ini sebagai medan meningkatkan ketakwaan.
Sumber: JAKIM