TUARAN (20 & 21 Februari): Pihak MKN Sabah dengan kerjasama pengurusan RELA Sabah telah menganjurkan Program Latihan Menembak dengan penglibatan hampir 80 orang warga kerja MKN Sabah dan 20 orang komuniti RELA Sabah.
Fokus dan tumpuan program ini diberikan kepada warga kerja MKN Sabah dalam membangunkan penjawat awam yang lebih mampan dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal disamping kerjasama bersama rakan strategik. Kerjasama dengan pihak RELA Sabah sebagai agensi strategik adalah diharapkan dapat dizahirkan dengan adanya program ini.
Pengisian program dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan DKN kepada warga kerja MKN Sabah dan RELA Sabah. Program diteruskan dengan Taklimat Persenjataan oleh pihak RELA Sabah. Seterusnya sesi Latihan Menembak (Pistol & M16) pusingan awal dijalankan dan seterusnya pusingan akhir antara MKN Sabah dan komuniti RELA (M16).
Kemuncak program adalah Simulasi Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS) yang telah diketuai oleh pihak Markas 5 Divisyen sebagai tenaga pengajar bagi memberi sedikit pendedahan berkaitan teknik mempertahankan diri kepada warga MKN Sabah. Hadiah turut diberikan kepada pemenang setiap aktiviti sebagai dorongan dan galakan kepada semua yang terlibat yang telah disampaikan oleh Puan Ranimah binti Putra (Ketua Penolong Pengarah MKN Sabah) dan Encik Malai Fazlan Aswad bin Malai Mustapha (Ketua Penolong Pengarah MKN Sabah).
Penganjuran program ini dilihat telah mencapai objektif yang disasarkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak pengurusan RELA Sabah, Markas 5 Divisyen dan semua peserta terlibat yang telah merealisasikan serta menjayakan program ini.
#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah