Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu untuk menggantikan jambatan runtuh di Kampung Rong Chenok yang berlaku pada 28 November lalu.
Pembinaan jambatan baharu ini akan dimulakan sebaik sahaja peruntukan diterima.
Jambatan yang dibina lebih 44 tahun itu runtuh akibat banjir besar tahun lalu, menyebabkan hampir 2,000 penduduk dari sembilan kampung terkesan.
Jambatan ini adalah laluan utama ke sekolah, klinik dan pusat bandar.
Pembinaan jambatan ini amat mendesak, terutama untuk kemudahan pelajar yang terpaksa menempuh perjalanan lebih lama ke sekolah.
Sebelumnya, perjalanan hanya mengambil masa 20 minit, tetapi kini ia memerlukan masa satu jam setengah.
Jambatan baru yang akan dibina akan lebih sesuai dengan keperluan penduduk dari segi kelebaran dan ketinggian.
Sumber: Sinar HarianΒ