RM650 RIBU KAYU BALAK DIRAMPAS PGA DI KELANTAN

Pada 7 Februari 2025, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya merampas hasil hutan yang diperoleh secara tidak sah dalam operasi Op Taring WAWASAN Kelantan.

Pada jam 2 pagi, sebuah lori yang mencurigakan telah ditahan dan diperiksa, menemui lebih 10 batang kayu balak pelbagai spesies tanpa dokumen yang sah.

Pemandu lori berusia 52 tahun dipercayai terlibat dalam penghantaran hasil hutan tersebut untuk dijual ke pasaran tempatan.

Rampasan bernilai RM650,000.00 dan kes disiasat di bawah Seksyen 84(1) Akta Perhutanan Negara 1984.

Barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Jambu dan Jabatan Perhutanan Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut