𝐎𝐏𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔: 𝟏𝟑 𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔, 𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu telah melaksanakan Operasi Bersepadu, Ops Sapu dan Ops Selera di tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, dan Marang. Operasi yang bermula pada jam 9 malam 6 Februari 2025 hingga 6 pagi 7 Februari 2025 itu diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Yusri bin Mohd Nor, Pengarah Imigresen Negeri Terengganu, melibatkan sepasukan pegawai penguat kuasa dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Terengganu serta pegawai dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Dalam operasi ini, 11 premis diperiksa melibatkan pusat refleksologi, restoran, tapak pembinaan, dan kediaman persendirian. Sebanyak 142 individu diperiksa terdiri daripada pelbagai warganegara termasuk Thailand, Bangladesh, Kemboja, Nepal, Pakistan, China, dan Filipina. Hasil pemeriksaan, 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 6 hingga 58 tahun telah ditahan, terdiri daripada empat lelaki, lima wanita, serta empat kanak-kanak (dua lelaki dan dua perempuan). Mereka adalah warga Thailand (lapan orang), Bangladesh (seorang), dan Kemboja (empat orang).

Kesalahan utama yang dikesan termasuk tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan, tiada dokumen perjalanan sah, dan menyalahgunakan pas lawatan sosial. Kesemua tahanan dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Selain itu, dua individu tempatan telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan. Mereka adalah seorang lelaki warga Malaysia berusia 39 tahun dan seorang wanita warga Thailand berusia 30 tahun, yang akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

JIM Terengganu menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau majikan yang melindungi atau menggaji PATI. Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan pendatang tanpa izin bagi membantu pihak berkuasa dalam usaha menangani masalah ini.

Sumber: Laman Facebook rasmi JIM Terengganu

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut