PPM TAHAN DUA JURAGAN, CUBA SELUDUP 10 PTI

TAHAN: PTI yang ditahan semasa serbuan di dalam bot terbabit.

KOTA KINABALU: Cubaan dua juragan menyeludup masuk tujuh wanita dan tiga lelaki termasuk kanak-kanak warga Filipina ke negeri ini gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalankan Op Taring Landai Khas Kontraban.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, kesemua individu berusia lingkungan dua hingga 64 tahun ditahan di dalam bot tunda di kawasan perairan Laut Pulau Berhala, Sandakan, pada 2.30 pagi Rabu.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota PPM Sandakan yang menjalankan rondaan mengesan sebuah bot tunda dan dua bot laju dalam keadaan mencurigakan.

“Pasukan operasi kemudian bertindak pantas dengan bergerak terus menghala ke lokasi berkenaan dan menahan seterusnya menjalankan pemeriksaan terhadap bot tunda serta bot laju terbabit.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh PPM mendapati kedua-dua bot laju itu sedang dalam proses memindahkan penumpang yang disyaki tidak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri yang sah dari bot tunda,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi menahan dua juragan dan 10 penumpang serta merampas semua bot berkenaan.

“Tangkapan dan rampasan seterusnya dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM219,500,” katanya.

Tambahnya, kes mengikut Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) (Pindaan) 2022 dan Akta Imigresen 1959/63.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Panggilan untuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut