66 MANGSA DIPINDAH AKIBAT BANJIR DI KENINGAU

PINDAH: Anggota APM melaksanakan kerja pemindahan dan menyelamat mangsa banjir di Keningau.

KENINGAU: Seramai 66 mangsa daripada 16 keluarga dipindahkan selepas banjir melanda beberapa kawasan di daerah ini, malam Rabu.

Berdasarkan kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBN), kesemua mangsa ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) Dewan Koningau, Majlis Daerah Keningau (MDK).

“Setakat jam 5 pagi ini, jumlah mangsa banjir kekal sama dan pasukan penyelamat kini berada di lapangan bagi sebarang tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, sebaik banjir kilat melanda kawasan Keningau malam tadi, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan melaksanakan kerja pemindahan dan menyelamat mangsa di sekitar kawasan terjejas.

Banjir dilaporkan melanda beberapa kawasan di daerah ini termasuk lokasi rendah di sekitar pekan Keningau sejak malam tadi akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.

Difahamkan, kejadian banjir di pekan itu adalah yang pertama dilaporkan.

Berikutan situasi itu, Keningau menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Sabah selepas beberapa daerah di utara dan pantai timur pada minggu lalu.

Setakat ini, Kinabatangan turut dilapor masih berdepan bencana banjir dengan seramai 253 mangsa masih berada di dua PPS.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

  

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS)

 LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS) Pemandu yang menggunakan Lebuhraya PLUS, ambil perhatian! Kamera AwAS (Automated Awareness Safety System) …
Maklumat Lanjut

KALKULATOR BIL ELEKTRIK

Nak tahu anggaran kos bil elektrik bulanan anda pada masa akan datang mengikut jadual tarif baharu? Kini anda boleh menggunakan …
Maklumat Lanjut

PELBAGAI PENGISIAN MENARIK PADA REGATTA LEPA EDISI KE-30

MENJELASKAN: Christina (tengah) semasa dalam sidang media itu. KOTA KINABALU: Sambutan kemuncak Regatta Lepa edisi ke-30 akan berlangsung pada 29 …
Maklumat Lanjut