SANDAKAN: Bau busuk dihidu jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang tinggal bersendirian di Sri Taman Batu 3.5, di sini, pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Ramasamy A/L Kuppan berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkenaan bau busuk dari rumah jirannya, kira-kira jam 11.30 pagi.
Katanya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis tiba di lokasi kejadian dan mendapati terdapat bau busuk dari dalam rumah berkenaan.
“Polis terpaksa memanggil pasukan bomba untuk membantu membuka pintu besi rumah berkenaan yang terkunci.
“Sebaik pintu rumah dibuka, pasukan polis menemukan mayat lelaki di sebuah bilik rumah berkenaan dalam keadaan terbaring dan sudah mula mereput,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati mangsa lelaki warga tempatan berusia 47 tahun tinggal seorang diri di rumah berkenaan sejak 2019.
“Mayat lelaki terbabit kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess Of Kent (HDOK) untuk proses bedah siasat.
“Siasatan awal polis setakat ini mendapati tidak terdapat sebarang unsur jenayah dan khianat, manakala kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya.
#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online