OBOR-OBOR BERACUN TERDAMPAR DI PANTAI KUANTAN, ROMPIN DAN PEKAN

KUANTAN: Obor-obor beracun daripada spesis Portuguese Man o’ War atau nama saintifiknya ‘physalia physalis’ ditemui terdampar di Pantai Rompin, Pekan dan Kuantan.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar, berkata setakat ini hanya spesis itu yang ditemui oleh pegawai perikanan di tiga daerah berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pegawai Jabatan Perikanan akan menjalankan pemantauan dan tinjauan dari semasa ke semasa di pantai terbabit.

“Dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini, Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai bukan sahaja kerana berbahaya ombak besar dan arus kuat, tetapi juga untuk mengelakkan risiko jika terdapat obor-obor yang berbahaya.

“Antara spesis itu ialah Portuguese Man o’ War dan ‘Cubozoan jellyfish’ atau ‘Box jellyfish’ yang sengatannya sangat beracun yang boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk atau mungkin menyebabkan kematian.

“Peringatan juga diberikan kepada pihak bertanggungjawab di peringkat daerah dan melalui media sosial Jabatan Perikanan Pahang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Minggu lalu, obor-obor itu ditemui terdampar di Pantai Sepat, Pantai Lagenda, Pekan dan Pantai Hiburan, Rompin.

Difahamkan, kehadiran obor-obor berkenaan dipercayai akibat daripada fenomena air pasang besar.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut