FH4A PROGRAM KESIHATAN DENGAN TEKNOLOGI 5G DI 6 NEGERI

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, hari ini melancarkan Program Rintis Future Health for All (FH4A) yang diadakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, bermula hari ini

Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu bertujuan mengaplikasikan teknologi terkini dan ketersambungan 5G untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara.

Fahmi berkata MCMC dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) berusaha memanfaat dan merealisasikan potensi penuh rangkaian 5G bagi memperkasakan sektor penjagaan kesihatan.

Katanya, setakat Disember 2024, liputan rangkaian 5G di Malaysia sudah mencapai 82.4 peratus di kawasan berpenduduk dan perkembangan

Itu menjadikan Malaysia antara negara terpantas di dunia yang memperluas akses komunikasi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kadar penembusan akses 5G dalam kalangan rakyat mencatat peningkatan positif. Pada Oktober 2023, kadar penembusan akses 5G hanya berada pada 10.8 peratus, namun dalam tempoh setahun, kadar berkenaan melonjak hampir lima kali ganda kepada 53.35 peratus setakat Disember 2024.

“Dengan adanya ketersambungan yang meluas, penembusan akses 5G dapat melengkapkan keupayaan untuk penjagaan kesihatan kendiri dalam kalangan rakyat,” katanya selepas melancarkan program di Lembah Pantai, di sini hari ini.

FH4A di Lembah Pantai dan Segambut di sini diadakan hari ini; Kampung Sungai Kertas, Gombak dan Kuala Selangor, Selangor (esok); Port Dickson dan Kampung Tebat Kering di Kuala Pilah, ELDA Jelai 04 dan FELDA Palong 07 di Negeri Sembilan (21 dan 22 Januari); FELDA Sungai Tekam Utara, Bentong, Kuantan dan Bandar Muadzam Shah di Pahang (24 dan 25 Januari); Ipoh Barat, Tambu, FELDA Trolak, Manjung (23 dan 24 Februari); dan Batu Pahat FELDA Chempelak Barat, Kulai dan Pulai di Johor (27 dan 28 Februari).

Fahmi berkata FH4A membabitkan kerjasama strategik MCMC dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), ProtectHealth, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan KPJ Healthcare Berhad.

“Ia mengambil pendekatan progresif dengan mempromosikan teknologi kesihatan masa hadapan melalui program rintis, menyedari peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) memberi impak signifikan kepada ekonomi negara.

“Pelaksanaan program ini ke negeri-negeri lain termasuk di kawasan luar bandar diharapkan dapat memberikan akses perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat tanpa mengira lokasi,” katanya.

Katanya, antara pengisian program FH4A ini termasuklah sesi perkongsian masa hadapan penjagaan kesihatan, saringan kesihatan, demonstrasi dan ujian percubaan aplikasi mudah alih secara percuma, pameran produk serta sesi kuiz.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut