10,000 PELAJAR ASNAF TERIMA BANTUAN PERALATAN PERSEKOLAHAN

KUANTAN: Kira-kira 10,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kalangan anak golongan asnaf dan miskin di Pahang boleh menerima bantuan peralatan persekolahan bernilai RM200 seorang.

Bantuan sama diberikan kepada kira-kira 3,000 murid pra sekolah, masing-masing menerima RM150.

Bantuan berkenaan disediakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi meringankan beban 20,000 ketua isi rumah golongan asnaf yang berdaftar.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, pihaknya menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menyediakan bantuan kelengkapan persekolahan sesi 2025.

Katanya, peruntukan berkenaan bertambah 100 peratus berbanding tahun lalu. Setiap murid pra sekolah menerima RM150, pelajar sekolah rendah dan menengah masing-masing menerima RM200.

Menurutnya, ketua isi rumah yang berdaftar dengan MUIP sebagai asnaf dan miskin perlu membuat permohonan bantuan persekolahan secara atas talian yang disediakan. Tarikh tutup permohonan pada 15 Februari depan.

“Kegagalan ketua isi rumah membuat permohonan menyebabkan anak mereka tidak berpeluang menerima bantuan berkenaan yang disediakan bagi meringankan beban golongan terbabit.

“Tarikh tutup menebus atau mengambil peralatan persekolahan seperti pakaian, kasut termasuk alat tulis yang disediakan MUIP selewat-lewatnya 30 Mac.

“Saya berharap 20,000 ketua isi rumah yang nama mereka berdaftar dengan MUIP sebagai asnaf termasuk miskin perlu segera membuat permohonan persekolahan bagi memastikan anak mereka yang bersekolah termasuk pra sekolah berpeluang mendapat bantuan yang disediakan,” katanya, dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, kali ini MUIP memilih pasaraya Sakan sebagai pembekal peralatan persekolahan, pasaraya berkenaan kini beroperasi di 12 daerah di negeri ini. Faktor berkenaan memudahkan golongan asnaf dan miskin mendapatkan barang diperlukan.

Asmadi menambah, ketua isi rumah yang mendaftar hanya perlu ke pasaraya Sakan dan tunjukan Mykad sebelum memilih barangan diperlukan.

“Individu yang tidak berdaftar dengan MUIP masih layak menerima bantuan persekolahan, dan ketua isi rumah perlu ke pejabat MUIP daerah untuk membuat permohonan. Penilian akan dibuat sebelum permohonan diluluskan,” katanya

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut