TENUN PAHANG DIRAJA KEUNIKAN BAKAL DITAMPIL DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG

KUANTAN, 08 JANUARI 2025 : Tenun Pahang Diraja menjadi motif keunikan yang bakal ditampilkan dalam Dewan Undangan Negeri Pahang yang baharu di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), KotaSAS.

Menurut YB. Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, penggunaan fabrik yang ditempah khas itu juga akan membawa imej Negeri Pahang kepada pelawat luar.

“Kita tempah khas kerana ia melibatkan color scheme, kemudian daripada pattern ia bersesuaian, berbeza dengan pattern komersial, yang tak sesuai untuk diletakkan di Dewan Undangan Negeri. Jadi ini memang special untuk Dewan Undangan Negeri Pahang.

“Dan ini salah satu daripada Dewan Undangan Negeri yang ada design seperti ini dan agak unik dan kita harap ia menjadi salah satu daripada daya tarikan dan menjadi ikon kepada Negeri Pahang,” katanya.

Menurut beliau, penggunaan fabrik khazanah Negeri Pahang ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan kain tenun kebanggaan rakyat Pahang ini kepada orang yang megadakan lawatan ke dewan berkenaan.

“Dan kita juga bakal menerima lawatan-lawatan daripada mereka yang nak meninjau (Dewan Undangan Negeri Pahang) dan kita juga ada galeri untuk menceritakan tentang bermulanya Dewan Undangan Negeri Pahang dari dahulu sehingga sekarang.

“Kita akan guna kain ini untuk dekorasi dan mempromosikan kain tenun diraja Pahang ini. Dan maknanya orang tahu, ini merupakan trademark kepada Kerajaan Negeri Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan bulanan bagi meninjau kemajuan pembinaan Dewan Undangan Negeri Pahang di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), KotaSAS.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, YB. Tuan Khaizulnizam Mohamad Zuldin; dan ADUN Jenderak, YB. Dato’ Rodzuan Zaaba.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

PANTAI KLEBANG SEMAKIN ‘HIDUP’

Klebang – Sektor pelancongan di Klebang semakin rancak apabila pelbagai tarikan baharu telah dibangunkan di kawasan pesisir pantai. Ahli Dewan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

MONSUN BARAT DAYA

Monsun Barat Daya dijangka 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟎 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓. Sepanjang tempoh ini, 𝐭𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐣𝐚𝐧 …
Maklumat Lanjut