NASI SEJUK LEBIH BAGUS BERBANDING PANAS?

Nasi adalah sejenis makanan yang memiliki Indeks Glisemik yang sederhana tinggi terutamanya yang panas dan baru dimasa.

Indeks Glisemik (GI) adalah rujukan yang digunakan untuk mengukur berapa banyak makanan tertentu meningkatkan kadar gula dalam darah.

Makanan indeks glisemik yang tinggi menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak.

Oleh itu, kaedah untuk mengurangkan Indeks Glisemik nasi adalah dengan menyimpan nasi dalam peti sejuk seharian atau sekitar 20 jam sebelum dipanaskan semula dan dimakan.

Salah satu cara untuk mengurangkan Indeks Glisemik nasi adalah dengan menyimpan nasi dalam peti sejuk seharian atau sekitar 20 jam sebelum dipanaskan semula dan dimakan. 

Menurut kajian tersebut, nasi sejuk mempunyai kandungan kanji degil (resistant starch) yang lebih tinggi berbanding nasi panas.

Untuk pengetahuan anda, kanji degil ini merupakan sejenis serat yang tidak boleh dicerna oleh usus kecil di mana ia akan bergerak terus ke bahagian usus besar untuk ditapai.

Secara umumnya, tubuh akan mencerna kanji menjadi glukosa dan proses inilah yang menyebabkan paras gula darah meningkat.

Memandangkan tubuh tidak dapat mencerna jenis kanji degil ini, maka ia tidak akan berubah menjadi glukosa dan menyebabkan paras gula darah kekal stabil.

Dengan kewujudan kanji degil ini, pengambilan nasi jenis sejuk sebenarnya boleh membantu penghidap diabetes untuk mengawal paras gula darah mereka.

Namun begitu, perlu diketahui bahawa kandungan gula atau beban glisemik (GL) adalah sama.

Jika makan banyak memang boleh menyebabkan kegemukan tidak kira nasi panas atau nasi sejuk.

Nasihat pemakanan yang lebih baik adalah dengan mengawal kuantiti nasi.

Sumber:

https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2024/01/26/rupanya-makan-nasi-sejuk-lebih-bagus-berbanding-panas-sesuai-untuk-pesakit-diabetes-atau-yang-nak-diet

https://hellodoktor.com/kencing-manis/diabetes-jenis-dua/nasi-sejuk-manfaat/

https://health.kompas.com/read/23F29150100368/nasi-dingin-atau-nasi-panas-mana-yang-lebih-sehat-?page=all

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut