KSN HARAP MASALAH BEKALAN AIR BERSIH ‘BERKARAT’ DIATASI SEGERA

PEKAN: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar turun padang meninjau isu di Kampung Tanjung Batu dan beberapa kampung lain dekat sini yang sudah lama berdepan masalah bekalan air bersih berasa masin dan payau.

Keadaan itu menyebabkan rata-rata penduduk di petempatan terbabit terpaksa membeli air mineral di kedai untuk kegunaan harian.

Sehubungan itu, Shamsul Azri berharap kerajaan negeri, terutama Pejabat Pembangunan Negeri Pahang memberi perhatian serius terhadap isu berkenaan kerana ia membabitkan keperluan rakyat yang begitu ramai.

“Rakyat menghadapi masalah apabila sumber air bersih berasa masin dan payau hingga, tidak mampu untuk minum hingga rata-rata penduduk terpaksa beli air mineral di kedai.

“Saya difahamkan Projek Bekalan Air Nenasi dari Tanjung Agas ke Nenasi sudah bermula pada 2018, namun tertangguh hinggalah baru-baru ini disambung semula, tak pasti bila akan siap sepenuhnya.

“Jadi, saya berharap projek berkenaan dapat disiapkan segera untuk jaga kepentingan rakyat. Air diperlukan setiap hari untuk minum, selain mandi dan membasuh pakaian,” katanya pada Program Santuni Madani Kampung Tanjung Batu, Nenasi, di sini kelmarin.

Projek Bekalan Air Nenasi merangkumi beberapa kampung tradisional seperti Kampung Api-Api, Kampung Tanjung Batu sehingga Merchong, selain taman perumahan termasuk perumahan Projek Agropolitan Pekan (PAP) Tanjung Batu.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mudzafar Abu Samah, mengakui penduduk sudah lama menunggu bekalan air bersih sama seperti di kawasaln lain.

“Memang ada air paip, tapi tak berkualiti. Selain berasa masin dan payau, air juga kekuningan, ada ketika warna air seperti berkarat menyebabkan pakaian yang dibasuh menjadi kotor dan badan gatal selepas mandi.

“Gangguan bekalan dan tekanan air rendah juga sentiasa berlaku tanpa mengira waktu. Semakin hari semakin ketara masalah air, untuk minum kami terpaksa beli air mineral di kedai, ada juga terpaksa guna air boring atau telaga tiub. Sampai bila masalah ini, kami tak pasti,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut

“𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗘𝗦𝗦..?”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Dalam suasana …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗟𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗗𝗔𝗥

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut