LEBIH RM6.8 JUTA DIRAMPAS KPDN KELANTAN PADA JANUARI SEHINGGA 23 DISEMBER 2024

Sejak awal Januari hingga 23 Disember, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta.

Jumlah ini termasuk RM5 juta untuk barangan seludup dan RM1.98 juta untuk barangan kawalan, hasil daripada 79,242 pemeriksaan yang melibatkan 1,025 tindakan kes.

Barangan yang dirampas termasuk gula, minyak petrol, dan minyak masak, serta kesalahan menjual barangan melebihi harga maksimum atau gagal meletakkan tanda harga.

Sebanyak 210 tangkapan dibuat, melibatkan 189 lelaki, 21 wanita dan termasuk 13 bukan warganegara.

Pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaan pangkalan haram untuk menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand yang bermula pada 1 Disember telah menunjukkan hasil positif dalam mengurangkan aktiviti penyeludupan di Kelantan.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut