AMARAN KENAIKAN PARAS LAUT DI LIMA NEGERI HINGGA SELASA

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran kenaikan paras laut yang berisiko mengakibatkan limpahan di pesisir pantai beberapa negeri.

Situasi itu diramal menjejaskan kawasan di Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak yang dijangka berlarutan hingga Selasa depan.

MetMalaysia juga meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di perairan Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah Timur, juga dijangka berlarutan bagi tempoh sama.

Keadaan itu, katanya, boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot kecil.

“Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5m dijangka membadai perairan Sarawak hingga Selasa depan.

“Ia berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan, termasuk pekerja di pelantar minyak.

“Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5m dijangka berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah Barat dan Labuan bagi tempoh sama.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot kecil serta rekreasi dan sukan laut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka membadai perairan Selat Melaka, barat daya Samui, Tioman, Condore, Bunguran, utara dan selatan South, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu, Sulawesi hingga jam 2petang ini.

Keadaan itu, katanya, boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m, selain berbahaya kepada bot kecil.

“Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dijangka di perairan barat Samui, Sulu hingga Selasa depan, yang berbahaya kepada bot kecil serta rekreasi dan sukan laut.

“Angin kencang timur laut berkelajuan antara 50 hingga 60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka di perairan timur Samui, Tioman, Labuan, selatan Bunguran, Palawan hingga Selasa depan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.

Katanya, angin kencang timur laut melebihi 60kmsj dengan ombak melebihi 4.5 meter dijangka di perairan Condore, utara Bunguran, utara dan selatan Reef, Layang-Layang hingga Selasa depan.

Angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut