CUBAAN SELUDUP TANAMAN HIASAN BERNILAI LEBIH RM500 RIBU DIGAGALKAN PGA

Pada 16 Disember 2024, Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan di SJR Lalang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan.

Dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan, sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan dan pemeriksaan mendapati 290 anak pokok orkid yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM580,000.00. Suspek disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut