TUJUH RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI KAMPUNG TANJUNG ARU BARU

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya tujuh buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 1.33 petang.

Katanya, sepasukan 28 anggota dan pegawai bersama lapan buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran membabitkan tujuh buah rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

“Operasi turut dibantu oleh anggota dari BBP Putatan, Penampang dan Bomba Komuniti Tanjung Aru,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan empat aliran, enam pancutan dengan sumber air tangki dan air laut.

Ordine berkata, kebakaran hanya membabitkan kemusnahan harta benda sahaja, tiada mangsa dilaporkan cedera atau kemalangan jiwa berlaku.

“Operasi ditamatkan jam 5.49 petang dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut