TINGGAL ASRAMA, SEWA RUMAH ANTARA 4 PILIHAN UNTUK 303 PELAJAR – KP KELANTAN

Seramai 303 pelajar dari Thailand yang menggunakan pangkalan haram Sungai Golok untuk ke sekolah di Rantau Panjang akan diberi empat pilihan sebelum larangan rentas sempadan berkuat kuasa pada 1 Disember ini.

Pilihan tersebut adalah: tinggal di asrama, dipindahkan ke asrama sekolah berhampiran, menyewa rumah di sekitar sekolah atau menggunakan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata langkah ini diambil kerana penggunaan pangkalan haram dianggap berbahaya.

Dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Imigresen Malaysia juga bersetuju membuka pintu sempadan lebih awal untuk kemudahan pelajar.

Terdapat 221 pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 82 pelajar dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang terlibat.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut