LELAKI MILIKI 13 REKOD JENAYAH DITAHAN CEROBOH RUMAH

TANGKAP: Suspek dipercayai ceroboh rumah berjaya ditahan di Kampung Kurnia Jaya.

TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menceroboh sebuah rumah di Taman Tawau, Jalan Chong Thien Vun, di sini.

Suspek warga tempatan berusia 41 tahun ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 43 tahun selepas rumahnya diceroboh suspek, pada 2 Julai lalu.

Katanya, hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek masuk ke rumah mangsa, jam 4.22 pagi.

“Suspek bertindak memanjat pagar hadapan rumah untuk mencabut CCTV yang dipasang di bahagian luar rumah mangsa.

“Polis kemudian berjaya memberkas suspek di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, di sini,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, modus operandi suspek adalah memasuki mana-mana rumah yang tidak berpenghuni atau ditinggalkan sementara waktu untuk melakukan kegiatan jenayah berkenaan.

Jasmin berkata, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Suspek kemudian ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada melakukan kesalahan pencerobohan jenayah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut