PENGURUSAN KESELAMATAN MELALUI MESYUARAT JKKN

KUALA TERENGGANU, 11 November 2024 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Bilangan 2 Tahun 2024 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Limar, Kompleks Muzium Negeri Terengganu dan telah dipengerusikan oleh YM Raja Dato’ Nushirwan bin Zainal Abidin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara.

 

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Nara Setia, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu,  YDH Datuk Mohd Khairi Khairudin, Ketua Polis Negeri Terengganu, YBhg. Jeneral Muzamil, Panglima Briged Kelapan Infantri dan ketua-ketua/ wakil Jabatan/ Agensi Keselamatan yang berkenaan.

 

Mesyuarat ini merupakan platform bagi semua agensi keselamatan dalam negeri Terengganu untuk berkongsi maklumat dan membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan keselamatan, kawalan sempadan perairan dan kedaulatan negara serta tindakan yang boleh diambil bagi menangani isu-isu berkenaan.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut