KUSKOP DALAM PROSES GUBAL AKTA KOPERASI YANG BAHARU

SIDANG MEDIA: Ewon (tengah) ketika menjelaskan sesuatu kepada pemberita.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam proses menggubal akta koperasi yang baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 [Akta 502].

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, sebanyak 96 peruntukan asal dalam Akta 502 akan disusun dan ditambah baik semula. Dianggarkan sebanyak 200 peruntukan baharu akan dimasukkan dalam akta berkenaan.

Beliau berkata, pindaan-pindaan itu dibuat bagi memperkukuhkan elemen pengawalseliaan dan memastikan perundangan koperasi kekal relevan dengan persekitaran ekonomi semasa.

“Cadangan penggubalan akta koperasi baharu antaranya, memperkasakan gerakan koperasi dengan meliberalisasikan perundangan dan memperkasakan pengawalseliaan koperasi.

“Akta sedia ada dibuat lebih 30 tahun yang lepas dan tidak ada pindaan sehingga hari ini.

“Melalui sesi libat urus dan kajian agensi kementerian, kita mendapati begitu banyak cadangan pindaan akta yang diperlukan oleh gerakan koperasi iaitu sekitar 200 cadangan pindaan.

“Kita akan memperbanyakkan lagi sesi libat urus bersama koperasi-koperasi untuk mendengar cadangan draf awal Rang Undang-Undang (RUU) Koperasi sebelum kita angkat ke Parlimen untuk proses penggubalan dan pewartaan pada tahun depan dan dijangka dikuatkuasakan tahun 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 2/2024, di Menara Berkembar Bank Rakyat, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha KUSKOP Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Pegawai Eksekutif SKM Datuk Rusli Jaafar, Pengurusan Tertinggi KUSKOP, Ketua-Ketua Agensi KUSKOP dan ahli Majlis yang terdiri daripada 35 orang wakil Exco Kerajaan Negeri yang memegang portfolio Koperasi, wakil gerakan koperasi, wakil akademik dan wakil industri.

Mengenai mesyuarat itu, Ewon berkata, ia memberi fokus kepada hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara dan mempertingkatkan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

Selain itu katanya, mesyuarat juga membincangkan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan gerakan koperasi agar terus kekal relevan sebagai penyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

“Mesyuarat turut dimaklumkan mengenai status pelaksanaan resolusi-resolusi Kongres Koperasi Kebangsaan yang diadakan pada Julai lepas, seterusnya pengisian dan peluncuran sambutan International Year of Cooperative 2025 serta status semasa Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

“Isu-isu yang melibatkan penyelarasan dengan Kerajaan Negeri juga dibincangkan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Boreno Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut