MONSUN TIMUR LAUT: ARAHAN NADMA NO.1 JADI PANDUAN UNTUK KURANGKAN RISIKO, IMPAK BENCANA

Arahan Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) No.1 menjadi panduan utama dalam pengurusan bencana untuk mengurangkan risiko dan impaknya kepada negara ketika menghadapi musim Monsun Timur Laut. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dalam persediaan menghadapi Monsun Timur Laut 2024/2025 pada Khamis.

Arahan NADMA No.1 yang baru diluluskan akan menjadi panduan utama dalam pengurusan bencana bagi mengurangkan risiko dan impak bencana di negara kita. Dengan arahan ini, kita menekankan strategi pengurusan risiko yang lebih menyeluruh dan inklusif.

“Saya juga menekankan bahawa persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut ini tidak hanya mengenai kesiapsiagaan semasa, tetapi juga melibatkan langkah-langkah berterusan untuk memantau kawasan hotspot banjir, memastikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencukupi dan menyelaraskan bantuan untuk semua yang terjejas oleh bencana,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut