SIRI 2: POLITIK PEJABAT

  • Kesan Psikologi Kepada Pekerja

Politik Pejabat mempunyai keburukan dan kebaikan tertentu yang merupakan elemen penting dalam membina iklim organisasi yang dinamik.

Keburukan politik pejabat yang ketara boleh menyebabkan pekerja yang mempunyai daya tahan yang lemah akan mudah mengalami tekanan. Keadaan ini akan menjejaskan keyakinan diri dalam menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan seharian. Selain itu individu berkenaan akan mudah menjadi sensitive serta tidak dalam menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugasan.

Politik Pejabat mempunyai kebaikan tersendiri dalam merangsang perkembangan motivasi pekerja. Ini akan mewujudkan persaingan yang sihat dan meningkatkan sikap profesional dalam mencapai sesuatu matlamat. Persaingan akan menyuntik motivasi yang tinggi untuk bekerja dengan lebih efisien dan sentiasa meningkatkan diri supaya lebih baik daripada orang lain. Situasi begini akan mewujudkan rasa menghargai dan menyanjungi kejayaan rakan-rakan yang lain. Secara tidak langsung ini akan membina daya ketahanan (resiliensi) dalam melalui alam pekerjaan yang mencabar.

  • Faktor Untuk Membina Daya Tahan Dalam Menghadapi Politik Pejabat
  1. Berakhlak mulia (moral), bertingkahlaku sejajar dengan nilai dan norma agama serta budaya setempat
  2. Matang dalam tindakan dan perlakuan, berfikir dengan rasional sebelum melakukan sesuatu
  3. Berhati-hati dalam perancangan, mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara daripada pelbagai sudut
  4. Melengkapkan diri dengan maklumat yang diperlukan
  5. Sentiasa mengambil keputusan yang tegas, tepat dan cepat dalam semua situasi
  • Bagaimana Menghadapi Politik Pejabat

Mencipta suasana kerja yang selesa

Suasana kerja yang selesa akan memberikan keseronokan dan kepuasan bekerja. Ini dapat dizahirkan apabila kita berbaik-baik dengan semua orang tanpa mengira latar belakang, tiada buruk sangka serta saling bantu membantu.

Kenal pasti perkara-perkara yang tersirat

Kebolehan mengenalpasti perkara-perkara tersirat serta peka kepada perkara-perkara penting yang tersembunyi merupakan satu kelebihan yang berguna untuk membina kekebalan diri menangani situasi rumit di pejabat. Seorang pekerja perlu mengetahui hiraki yang tersembunyi serta sistem pengaruh dan kuasa yang sebenar. Contohnya siapa yang dihormati, siapa mempunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan, siapa yang rapat dengan siapa serta siapa yang cekap bekerja.

Pandai menyesuaikan diri

Kepelbagaian “setting” pekerjaan memberikan persekitaran dan iklim politik organisasi yang berbeza. Seorang pekerja yang baru perlu pandai dan cekap menyesuaikan diri serta mudah mengadaptasi dengan rakan sekerja serta suasana yang baru.

Toleransi

Sikap bertolak ansur atau toleransi dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan memudahkan tugasan diselesaikan dengan efisien dan dalam suasana yang muhibah. Perkara ini akan mewujudkan perhubungan yang baik dalam organisasi.

Blending In

Kebolehan seseorang pekerja menghayati tugasan dan menggunakan semua sumber yang ada untuk menghasilkan produk yang terbaik dengan menggunakan kreativiti tersendiri, serta menjadi sebati dengan organisasi yang baru adalah satu ciri “ blending in” yang sangat penting. Ini akan menghasilkan kualiti kerja yang bercirikan inovasi yang terkini.

  • Kesimpulan

Secara keseluruhannya, politik pejabat memberikan kesan atau impak yang sangat subjektif terhadap organisasi. Penyelia sebagai pemimpin perlumemainkan peranan untuk mempastikan politik pejabat membina suasana kerja yang sihat dan memberangsangkan. Apabila politik pejabat dalam keadaan terkawal dan terarah ke sudut positif, ia boleh meningkatkan produktiviti, menaikkan motivasi bekerj dan menaikkan semangat kesetiakawanan. Semangat kekitaan akan timbul dan semangat keakuan akan tenggelam.

 

Sumber: www.myhealth.moh.gov.my

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut