Imej badan adalah tentang bagaimana dan apa yang anda fikir tentang badan anda. Ia termasuk imej badan anda yang ada di dalam fikiran anda, tidak kira apa bentuk dan saiz sebenar badan anda.
Imej tubuh yang positif atau sihat adalah perasaan gembira dan berpuas hati dengan badan anda, serta selesa dan menerima apa jua bentuk badan anda. Apabila anda merasa baik tentang badan anda, anda lebih cenderung untuk mempunyai harga diri dan kesihatan mental yang baik serta mengamalkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal yang seimbang.
Imej tubuh yang negatif atau tidak sihat adalah perasaan tidak berpuas hati dengan cara anda melihat imej tubuh anda. Mereka yang berasa seperti ini sering mahu menukar saiz atau bentuk badan mereka dan ini boleh membawa kesan tidak sihat yang berpanjangan.
Mengapa imej badan begitu penting?
Imej badan adalah bagaimana anda melihat diri anda secara fizikal. Ini termasuk bagaimana anda rasa orang lain berfikir tentang penampilan anda. Bagi kebanyakan orang, terutama di peringkat awal remaja, imej badan adalah berkait rapat dengan harga diri.
Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi menghargai diri mereka dengan baik. Mereka realistik dan mencari rakan-rakan yang suka dan menghargai diri mereka. Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi biasanya lebih Berjaya mengawal kehidupan mereka dan mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka sendiri.
Faktor-faktor yang mana menjejaskan imej badan?
Imej badan, sama ada positif, atau negatif dibentuk oleh pelbagai faktor:
- Komen daripada keluarga, rakan-rakan dan orang lain tentang badan kita dan badan mereka, samada positif atau negative
- Impian kita tentang penampilan fizikal
- Kekerapan kita membandingkan diri kita dengan orang lain
- Pendedahan kepada imej terunggul berbanding badan normal
- Pengalaman penderaan, termasuk seksual, fizikal dan penderaan emosi
- Pengalaman prejudis dan diskriminasi berdasarkan bangsa, etnik, agama, keupayaan, orientasi seksual atau identiti jantina
- Merasai pengalaman seronok, sakit dan kesakitan
- Banyak faktor-faktor ini boleh dikawal tetapi ada yang tidak dapat dikawal. Mempunyai imej badan yang sihat adalah memahami faktor yang boleh dikawal dan mengambil langkah-langkah untuk mengekalkan aspek kesihatan mental.
Sumber: www.myhealth.moh.gov.my