DARURAT YANG PERNAH DIISYTIHARKAN DI MALAYSIA

Pengisytiharan darurat merupakan tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk menggantung undang-undang biasa dan memberikan kuasa penuh kepada pihak berkuasa tertentu dalam menangani situasi luar biasa yang boleh mengancam keselamatan negara, ekonomi, atau ketenteraman awam.

Berdasarkan sejarah, negara pernah beberapa kali melalui keadaan darurat. Antara yang paling diingati tentunya darurat pada Mei 1969 berikutan tragedi rusuhan kaum yang mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969. Berikut adalah senarai darurat yang pernah dilalui negara.

Darurat Tanah Melayu: Peristiwa ini berlaku semasa ancaman Komunis selepas Perang Dunia Kedua. Parti Komunis Malaya (PKM) melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menggulingkan kerajaan, menyebabkan kerajaan British ketika itu mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 12 Jun 1948. Darurat ini berlangsung sehingga 1960 dan melibatkan operasi besar-besaran oleh pasukan keselamatan untuk menumpaskan pemberontakan Komunis.

Darurat konfrontasi :Tunku Abdul Rahman pernah mengisytiharkan darurat selepas pencerobohan tentera Indonesia pada September 1964. Parlimen kemudiannya meluluskan Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964 yang antara lain memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggubal peraturan-peraturan darurat.

Darurat Sarawak : Sarawak pernah diletakkan dalam keadaan darurat pada 14 September 1966. Ini susulan 21 daripada 42 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak mengisytiharkan mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Darurat Rusuhan Kaum: Selepas Pilihan Raya Umum 1969, rusuhan kaum berlaku di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969 yang menyebabkan ketegangan antara kaum Melayu dan Cina. Kerajaan mengisytiharkan darurat untuk mengawal situasi, dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk mentadbir negara sehingga keadaan kembali stabil. Darurat ini menandakan satu titik penting dalam sejarah Malaysia dan membawa kepada beberapa perubahan dalam dasar negara.

Darurat Kelantan : Pada 8 November 1977, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, telah mengisytiharkan darurat di Kelantan susulan krisis politik di negeri itu.
Parlimen meluluskan Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 yang memberikan kuasa eksekutif negeri berkenaan kepada pengarah kerajaan yang dilantik oleh Perdana Menteri, manakala sultan, yang juga Yang di-Pertuan Agong pada masa itu, memegang kuasa perundangan.

Darurat Jerebu : Darurat jerebu pernah diisytiharkan pada 1997, 2005 dan 2013. Ia hanya membabitkan beberapa kawasan di Sarawak, Selangor dan Johor susulan paras pencemaran udara yang sangat teruk ketika itu.

Darurat Pandemik COVID-19: Pada 12 Januari 2021, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di seluruh negara sebagai tindak balas terhadap pandemik COVID-19 yang semakin memburuk. Darurat ini bertujuan untuk memberi kuasa tambahan kepada kerajaan dalam menangani krisis kesihatan dan ekonomi. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung sepanjang tempoh darurat ini, yang berlangsung sehingga 1 Ogos 2021.

Sumber : Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut