KARNIVAL FUTSAL MALAYSIA DAY 2024 BERLANGSUNG MERIAH

KENANGAN: Antara pasukan yang merakamkan gambar kenangan dalam kejohanan itu.

SANDAKAN: Kejohanan Karnival Futsal Malaysia Day 2024 Piala Jeffrey Chung berjaya dianjurkan dan menerima penyertaan yang memberangsangkan.

Pengerusi Penganjur merangkap Presiden Kelab Bola Sepak Sahabat 2020 (Sahabat FC), Azman Banus berkata, program berkenaan dilaksanakan di Gelanggang Futsal Sim-Sim pada 16 September lalu.

“Kita juga bersama-sama Parti Impian Sabah Bahagian Elopura untuk menjayakan program ini,” katanya.

Menurutnya, sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu dibawah 14 tahun, 16 tahun dan 19 tahun.

Katanya, masing-masing kategori disertai sebanyak lapan pasukan menjadikan keseluruhan sejumlah 24 pasukan kesemuanya.

Hadir sama Ketua Bahagian Parti Impian Sabah Bahagian Elopura, Jeffrey Chung, Setiausaha Bahagian Karnoh Sabtar dan Naib Pengerusi II, Zulkarnain Radjid.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut