RANTAU PANJANG 10 SEPTEMBER 2024 (SELASA) – BN 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan anak pokok yang dikesan di kawasan Rantau Panjang, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 7 PGA apabila menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton mendapati lebih seratus pokok nenas bunga tanpa dokumen yang sah ditemui di dalam kereta tersebut. Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup pokok nenas tersebut dari Thailand ke pasaran tempatan.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 23,000.00 dan kes disiasat dibawah Akta 167 Sek 17 Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan dan Sek 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1978. Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi