OP TARING WAWASAN KELANTAN – TANGKAPAN PATI

RANTAU PANJANG 8 SEPTEMBER 2024 (AHAD) – BN 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin yang dikesan di kawasan pekan Rantau Panjang, Kelantan.
Tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 7 PGA apabila menahan 4 orang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas 4 orang lelaki tersebut mendapati 2 daripada nya gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah. Kesemua suspek tersebut adalah warganegara Myanmar dan menyeludup masuk ke Malaysia melalui Thailand. Semua suspek ditahan di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan telah diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut