OP TARING WAWASAN KELANTAN – RAMPASAN PELBAGAI POKOK

PENGKALAN KUBOR 8 SEPTEMBER 2024 (AHAD) – BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pokok yang dikesan di kawasan Tumpat, Kelantan.
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA apabila menemui beberapa kotak putih di pengkalan haram semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke dalam kotak tersebut mendapati hampir 3 ribu batang pokok kaktus dan beberapa batang pokok keladi tanpa dokumen yang sah.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 447, 700.00 dan kes disiasat dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Sek. 5 dan Peraturan Kuarantin Tumbuh-Tumbuhan 1981 Sek 17. Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut