WARGA ASING DITAHAN BERSAMA KOKAIN BERNILAI RM430,000

Kehadiran sebuah kereta jenis Perodua Bezza dalam keadaan mencurigakan di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Putra Nilai di sini telah membawa kepada penemuan dadah bernilai RM430,000 pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, dalam operasi khas dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman pada jam 4.30 petang itu, seorang suspek lelaki warga asing turut ditahan. Polis telah terserempak dengan sebuah kereta Perodua Bezza dinaiki dua lelaki warga asing dalam keadaan yang mencurigakan di tempat letak kenderaan pangsapuri tersebut.

Menyedari kehadiran polis, salah seorang suspek telah bertindak agresif dan berjaya melarikan diri manakala seorang lagi telah berjaya ditahan. Pemeriksaan di dalam kereta itu menjumpai satu bungkusan warna coklat mengandungi dadah jenis kokain anggaran berat 2,270 gram bernilai RM430,000. Ketika tangkapan dilakukan, polis telah melepaskan dua das tembakan bagi tujuan mempertahankan diri.

Polis telah menyita kereta Perodua Bezza bernilai RM25,000 dan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM455,000. Permohonan reman terhadap suspek yang berjaya ditangkap telah dibuat di Mahkamah Seremban dan dibenarkan reman tujuh hari bermula pada Selasa sehingga 10 September.

Kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7904222.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut