TUJUH MANGSA BANJIR DI JALAN QUION HILL TAWAU DIPINDAHKAN

OPERASI: Pasukan bomba memindahkan tujuh mangsa banjir dalam sebuah rumah.

TAWAU: Tujuh termasuk enam kanak-kanak dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki banjir di Kampung Batu 17 Jalan Quion Hill, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian banjir di kampung berkenaan pada jam 7.30 pagi.

Katanya, seramai enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemantauan serta operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat sebuah rumah yang dihuni tujuh orang termasuk enam kanak-kanak telah dinaiki banjir.

“Pasukan bomba segera mengeluarkan dan memindahkan semua mangsa terbabit ke kawasan selamat,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini hanya sebuah rumah sahaja terlibat bajir dan pemantauan terus dijalankan di sekitar kampung berkenaan.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan bagi memastikan lokasi berkenaan selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.25 pagi,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah

 

Sumber:  Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

DBKK KELUARKAN DUA KOMPAUN LIBATKAN PREMIS HIBURAN

PERIKSA: Anggota dari Jabatan Pelesenan DBKK menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis hiburan dalam operasi itu. Gambar ihsan DBKK KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Panggilan untuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut