PBT DIBERI KUASA KAWAL SELIA HIBURAN DI KELANTAN

Kelantan memberi kuasa pegawai pelesenan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi kawal selia aktiviti hiburan di negeri ini berkuatkuasa, awal bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, sebelum ini kelulusan permit acara hiburan di bawah kuasa Pegawai Jajahan akan ditukar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah di bawah kuasa PBT.

Katanya, pihaknya juga akan mengenakan deposit yang lebih tinggi sehingga RM20,000 bagi penganjuran membabitkan artis ternama bagi mengelakkan terlalu banyak acara hiburan.

“Sebelum ini kita hanya kenakan sekitar RM1,000 ke RM2,000 sahaja untuk deposit, tetapi dah tak sesuai, kita naikkan RM5,000 hingga RM20,000 sebab bila penganjur panggil artis yang ada nama, ada album pasti pengunjung lebih ramai.

Rang Undang-undang (RUU) Hiburan dan Tempat Hiburan 2024 menggantikan Enakmen Hiburan Tahun 1998 masih dalam proses untuk disiapkan.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut