TANJAK MERDEKA DARI ANAK KELANTAN

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini, seorang pembuat busana tradisional di Kota Bharu menghasilkan 67 tanjak dengan motif Jalur Gemilang yang dinamakan ‘Tanjak Merdeka’.

Abdul Hakim Ismail, 29, berkata permintaan dan pemakaian tanjak semakin mendapat sambutan sejak kebelakangan ini, terutamanya sepanjang Bulan Kebangsaan dan semakin ‘meriah’ menjelang 31 Ogos beberapa hari lagi.

“Sempena ulang tahun kemerdekaan ke-67, saya bercadang menjual Tanjak Merdeka pada harga RM67 setiap satu berbanding harga biasa RM80 untuk memberi peluang lebih ramai memilikinya,” katanya kepada Bernama di Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Abdul Hakim berkata Tanjak Merdeka buatannya begitu fleksibel kerana boleh digayakan kanak-kanak dan orang dewasa, memandangkan saiz ikatan pada bahagian kepala boleh dilaras mengikut kesesuaian si pemakai.

Bagi menghormati Jalur Gemilang, tanjak buatan Abdul Hakim tidak diperbuat menggunakan bendera, sebaliknya mengambil motif warna iaitu merah, kuning, putih dan biru selain penggunaan anak bulan dan bintang.

Sumber: 📸 Mustaqim Khairuddin | @bernamaofficial

Artikel/Berita Terkini

UMAT ISLAM DI MALAYSIA AKAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA PADA 7 JUN 2025 (SABTU) BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH 1446H

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun 2025 (Sabtu) bersamaan 10 Zulhijjah 1446H. Marilah kita …
Maklumat Lanjut

SABAH MAHU LEBIH RAMAI PEKEBUN CEBURI TANAMAN KOKO

PENGHARGAAN: Jeffrey (tengah) menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil yang terlibat menjayakan MICF 2025. Turut kelihatan, Chan (dua kanan), Matbali (tiga …
Maklumat Lanjut

ATEX 2025 ERATKAN KERJASAMA DALAM SEKTOR PELANCONGAN

TERIMA KASIH: Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Eddy sambil disaksikan Joniston (dua kanan), Tan (dua kiri), Nigel (kiri) dan Zamani (kanan) …
Maklumat Lanjut