Peta menunjukkan laluan yang ditutup sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024.
KOTA KINABALU: Beberapa laluan di sekitar pusat bandar raya, bermula di Jalan Coastal di hadapan Sutera Harbour hingga ke Jalan Mentari dan Jalan Tun Fuad Stephens, di sini, ditutup berperingkat sempena sambutan Hari Kebangsaan, Sabtu ini.
Menerusi info dikongsikan di laman Facebook Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), penutupan bermula hari ini hingga 31 Ogos, bermula jam 5 pagi hingga 12 tengah hari bagi memberi laluan kepada raptai perarakan dan perbarisan serta acara sebenar Sabtu nanti.
Bagi laluan di Jalan Coastal, penutupan membabitkan lorong kiri bermula dari hadapan Sutera Harbour hingga ke simpang KK Times Square, diikuti penutupan lorong kiri di Jalan Mentari hingga ke Bulatan SEDCO Wawasan Plaza.
Jalan Tun Fuad Stephen bermula dari Bulatan SEDCO Wawasan Plaza hingga Lampu Isyarat Centre Point pula ditutup sepenuhnya, termasuk perhentian bas zon selatan di hadapan Marina Court bermula jam 5 pagi hingga 12 tengah hari, kecuali pada 30 Ogos, penutupan bermula jam 10 malam hingga 12 tengah hari 31 Ogos.
Antara kontinjen menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2024 ketika sesi raptai di Jalan Tun Fuad Stephen.
Sementara itu, Jalan Centre Point, Lorong Api-Api 2 dan Lorong Wawasan Plaza turut ditutup secara berkala.
Sepanjang tempoh itu, DBKK membuka tempat letak kereta untuk orang ramai di KK Sentral tanpa sebarang caj, manakala perkhidmatan bas zon selatan dipindahkan sementara di perhentian bas Asia City berhadapan dengan Centre Point.
Notis penutupan jalan dan laluan yang terbabit dalam perarakan sempena Hari Kebangsaan 2024.
Sementara itu, hari ini turut bermula raptai perbarisan dan perarakan kontinjen yang mengambil bahagian dalam acara perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 peringkat negeri Sabah yang berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephen.
Difahamkan sebanyak 175 kontinjen mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan kali ini.
#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024
Sumber: INFO X