BUNYI KUAT AWAL PAGI BONGKAR PENEMUAN MAYAT LELAKI

SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan ditemui maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat atas sebuah bangunan pusat beli belah, di sini, awal pagi tadi.

Mayat mangsa berusia 46 tahun itu ditemukan oleh orang awam di atas ruangan pejalan kaki bangunan pusat beli berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu, pada jam 3.50 pagi.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa masuk menggunakan keretanya ke tempat letak kenderaan di aras tujuh bangunan pusat beli belah berkenaan kira-kira jam 1.30 pagi.

“Namun, kira-kira jam 3.40 pagi, seorang saksi awam yang parkir di bangunan berkenaan terdengar bunyi kuat dari arah tempat tinggi.

“Saksi kemudian keluar dari keretanya dan menemukan mayat mangsa dalam keadaan terlentang berhampiran kenderaannya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, saksi kemudian memaklumkan kepada pihak polis mengenai penemuan mayat mangsa di lokasi berkenaan.

“Polis yang tiba di lokasi menjalankan siasatan dan membawa mayat mangsa ke Unit Forensik Hospital Duchess Of kent (HDOK) Sandakan untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut kerana tidak terkesan sebarang unsur jenayah dan khianat dalam siasatan setakat ini,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

 

Sumber: INFO X

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Panggilan untuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut