SISIPAN SEJARAH PADA 19 OGOS 1959: PILIHANRAYA UMUM YANG PERTAMA SELEPAS MERDEKA

Pada hari ini dalam tahun 1959, Pilihanraya Umum Parlimen yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan. Ia juga merupakan kali yang pertama penduduk Tanah Melayu berpeluang menentukan sendiri peruntukan kerusi dan perjalanan pilihanraya. Pilihanraya kali ini telah menyaksikan kenaikan peratus pengundi bagi tiap kaum iaitu 57% bagi pengundi-pengundi Melayu, 30% Cina dan 7% India. Jumlah kerusi yang dipertandingkan juga bertambah dari 52 pada tahun 1955 mejadi 104 pada tahun 1959. Antara parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya ini ialah Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC), Parti Negara, Parti Malaya, Parti Islam Se Tanah Melayu dan beberapa orang calon bebas. Parti Perikatan telah memenangi 74 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan.  Berikutan kemenangan besar Parti Perikatan, YTM Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri telah membentuk kabinet pertama selepas merdeka yang bebas daripada campur tangan penjajah Inggeris. Sebuah kerajaan yang bebas dan berdaulat dalam sebuah negara yang merdeka telah berjaya ditubuhkan.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut