KELAHIRAN HIDUP MENURUN 10.2 PERATUS DENGAN IBU BERUMUR 30-39 TAHUN MEREKODKAN KELAHIRAN HIDUP TERTINGGI

Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 10.2 peratus (100,732 kelahiran) berbanding112,197 kelahiranpada suku tahun kedua 2023. Bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 51,759 kelahiran berbanding 48,973 kelahiran. Nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,320 (19.2%) manakala kelahiran hidup terendah dicatatkan di Wilayah Persekutuan Labuan (324 kelahiran: 0.3%). Ibu berumur 30-39 tahun merekodkan kelahiran hidup tertinggi iaitu 51,740 (51.4%) pada suku tahun ini, diikuti oleh ibu berumur 20-29 tahun (41.5%),40 tahun dan lebih (5.4%) dan kurang daripada 20 tahun (1.8%).

Melayu menyumbang 67.4 peratus (67,859 kelahiran hidup) daripada jumlah kelahiran hidup pada suku tahun kedua 2024 (ST2 2023: 67.1%). Kelahiran hidup bagi etnik Cina dan India masing-masing menurun kepada 9.7 peratus dan 3.7 peratus berbanding 9.9 peratus dan 4.4 peratus pada suku tahun kedua 2023. Sementara itu, Bumiputera Lain meningkat kepada 12.9peratus (ST2 2023: 12.5%). Bumiputera Lain adalah terdiri daripada Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan Bumiputera Semenanjung Malaysia lain. Bumiputera Sabah menyumbang 57.2 peratus daripada Bumiputera Lain yang terdiri daripada Kadazan/Dusun (33.8%), Bajau (30.6%), Murut (6.4%) dan Bumiputera Sabah lain (29.2%). Sementara itu, Bumiputera Sarawak (32.5%) terdiri daripada Iban (59.3%), Bidayuh (16.7%), Melanau (10.7%) dan Bumiputera Sarawak lain (13.3%).

Sebanyak 48,460 kematian telah direkodkan pada suku tahun kedua 2024, penurunan sebanyak 5.4 peratus berbanding suku tahun kedua 2023 (51,234 kematian). Bilangan kematian bagi lelaki adalah 27,510 manakala 20,950 kematian bagi perempuan. Nisbah jantina bagi kematian ialah 131 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Pada tempoh masa yang sama, Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,459 kematian (15.4%) manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 65 kematian (0.1%). Kumpulan umur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 34,043 kematian (70.2%), diikuti umur 41-59 tahun (20.0%), umur 15-40 tahun (7.6%) dan umur 0-14 tahun (2.1%).

Pada suku tahun kedua 2024, Melayu menyumbang 52.7 peratus (25,540 kematian) daripada jumlah kematian (ST2 2023: 52.8%). Kematian bagi etnik Cina dan India masing-masing menurun kepada 26.0 peratus dan 8.1 peratus, berbanding 26.1 peratus dan 8.2 peratus pada suku kedua 2023. Sementara itu, Bumiputera Lain meningkat kepada 10.5 peratus berbanding 10.2 peratus pada tempoh yang sama. Bumiputera Sabah menyumbang 51.6 peratus daripada Bumiputera Lain yang terdiri daripada Kadazan/Dusun (38.7%), Bajau (26.9%), Murut (5.7%) dan Bumiputera Sabah lain (28.7%). Sementara itu, Bumiputera Sarawak (42.1%) terdiri daripada Iban (60.4%), Bidayuh (15.3%), Melanau (14.7%) dan Bumiputera Sarawak lain(9.6%).

Penduduk Malaysia pada suku tahun kedua 2024 dianggarkan 34.1 juta berbanding suku tahun kedua 2023 (33.4 juta) iaitu peningkatan sebanyak 1.9 peratus. Jumlah penduduk terdiri daripada 30.7 juta (90.0%) Warganegara dan 3.4 juta (10.0%) Bukan Warganegara. Penduduk lelaki meningkat kepada 17.9 juta daripada 17.5 juta pada suku tahun kedua 2023 dan wanita meningkat kepada16.2 juta daripada 15.9 juta dalam tempoh yang sama. Nisbah jantina keseluruhan penduduk ialah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina bagi Warganegara ialah103 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Penduduk umur muda (0-14 tahun) kekal tidak berubah pada 7.6 juta. Sementara itu, komposisi penduduk umur bekerja (15-64 tahun) dan penduduk tua (65 tahun dan lebih) masing-masing meningkat daripada 23.3 juta dan 2.5 juta kepada 23.9 juta dan 2.6 juta pada suku kedua 2024.

Melayu menyumbang 58.1 peratus (17.8 juta) daripada jumlah penduduk pada suku tahun kedua 2024 (ST2 2023: 17.6 juta). Penduduk etnik Cina dan India masing-masing menurun kepada 22.4 peratus dan 6.5 peratus berbanding 22.6 peratus dan 6.6 peratus, sementara Bumiputera Lain meningkat kepada 12.3 peratus berbanding 12.2 peratus pada tempoh yang sama. Bumiputera Sabah menyumbang 56.6 peratus daripada Bumiputera Lain yang terdiri daripada Kadazan/Dusun (31.7%), Bajau (26.5%), Murut (5.1%) dan Bumiputera Sabah lain (36.7%). Sementara itu, Bumiputera Sarawak (32.4%) terdiri daripada Iban (59.1%), Bidayuh (17.1%), Melanau (10.6%) dan Bumiputera Sarawak lain (13.2%).

Sumber: Perangkaan Demografi Malaysia, Suku Tahun Kedua 2024, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut