Pakej RAHMAH Prabayar Siswa menawarkan perkhidmatan Internet pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari, khas untuk para pelajar yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Pakej ini boleh dilanggan bermula hari ini 16 Ogos 2024 menerusi lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL Communications (YES).
#KementerianKomunikasi
#PakejRAHMAH
#MalaysiaMADANI
#JiwaMerdeka