BOMBA SELAMATKAN WARGA EMAS PITAM SEMASA MENDAKI BUKIT

PITAM: Pasukan bomba membantu menyelamatkan mangsa di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas pitam semasa menjalankan aktiviti mendaki Bukit Padang di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pasukan bomba melaksanakan tindakan pantas ke lokasi bagi membantu mangsa sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi.

โ€œMangsa wanita berumur 62 tahun itu didapati pitam ketika melakukan aktiviti mendaki di bukit dan pasukan bomba yang tiba di lokasi bertindak menurunkan mangsa dengan menggunakan Stretcher.

โ€œMangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,โ€ katanya.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 8.03 pagi.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

ย 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut