DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Sebanyak 9 buah kenderaan persendirian, kereta sewa teksi dan e-hailing dikenakan tindakan oleh JPJ Negeri Pulau Pinang kerana menjalankan perkhidmatan melanggan penumpang dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram, di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penguatkuasaan โOps Ulatโ ini diadakan selama 2 hari bermula 9 dan 11 Ogos 2024.
Sepanjang penguatkuasaan diadakan, kesalahan dikesan dibawah Seksyen 16 APAD 2010, iaitu kenderaan persendirian mengambil penumpang tanpa Lesen Pengendali sebanyak 3 notis dan kenderaan turut disita. Kesalahan dibawah Seksyen 22 APAD 2010, Langgar Syarat Permit sebanyak 2 notis dan meletak kenderaan ditempat tidak dibenarkan sebanyak 4 notis. Penumpang yang diambil adalah pelancong warganegara luar dan tempatan dengan dikenakan kadar bayaran mengikut distinasi dituju.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang