π—¦π—˜π— π—•π—”π—‘π—š π—¦π—”π—‘π—§π—”π—œ π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—₯𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Kempen keselamatan jalan raya terus dipergiatkan melalui medium sembang santai yang telah diadakan di Jabil Circuit Sdn. Bhd. Program seumpama ini bertujuan memberi pendedahan dan penekanan berkaitan tingkah laku pemandu serta kefahaman tentang betapa pentingnya aspek keselamatan kepada pemandu dan penunggang sekaligus dapat membudayakan pemanduan berhemah dan selamat di kalangan penunggang motosikal dan pemandu kereta khususnya semasa perjalanan pergi dan balik dari kerja.

Sembang santai ini juga menekankan kepentingan memakai topi keledar yang mendapat pensijilan daripada SIRIM dan beberapa tips keselamatan pemanduan defensif turut dikongsi oleh penceramah.

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut