DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah melaksanakan penguatkuasaan khas terhadap kenderaan perdagangan dengan tumpuan kepada Kenderaan Perkhidmatan Barangan ( KPB ) dan Kenderaan Perkhidmatan Awam ( KPA ).
Sebanyak 8 buah bas ekspres dikesan tiada pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh ( melebihi 300 km atau 4 jam berterusan ), kesalahan lain dikesan membawa muatan secara merbahaya, tayar haus berlebihan, pasang strobe light tanpa kebenaran, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi dan tidak selenggara kenderaan dengan baik. Sebanyak 113 notis saman dan kesalahan teknikal telah dikeluarkan dalam operasi ini.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang