EXCO KECAM TINDAKAN PROMOSI BIBLE DI KAWASAN PELANCONGAN

AYER KEROH – Exco Pelancongan, warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman meluahkan rasa kesalnya atas tindakan pihak tidak bertanggungjawab mempromosi bible di kawasan pelancongan.

Abdul Razak dalam satu hantaran di Facebook rasminya mengecam keras tindakan pihak berkenaan yang tidak menghormati sensitiviti agama Islam.

Lebih mengecewakan, beliau berkata, promosi itu dilakukan di hadapan surau warisan berhadapan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir, baru-baru ini.

“Saya mengecam keras tindakan ini yang tidak menghormati sensitiviti agama Islam. Jangan melampau dalam membuat apa apa tindakan terutama dalam keadaan kita yang hidup dengan aman dalam Negeri Melaka ini. Hormati agama Islam!, tegasnya.

Tambah Abdul Razak, tindakan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab, bahkan boleh menimbulkan fitnah kepada kerajaan, khususnya Kerajaan Negeri.

“Saya dimaklumkan orang awam telahpun menegur dan meminta mereka beredar dari situ.

“Selain itu, dimaklumkan juga pihak polis telahpun menyiasat dan mencari mereka yang mempromosikan bible di hadapan surau ini.

Baru-baru ini, satu video berdurasi 16 saat tular di laman sosial yang memaparkan tiga individu membuka reruai untuk mempromosikan kursus percuma bible dan aktiviti agama Kristian di depan Surau Warisan, Banda Hilir.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

DBKK KELUARKAN DUA KOMPAUN LIBATKAN PREMIS HIBURAN

PERIKSA: Anggota dari Jabatan Pelesenan DBKK menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis hiburan dalam operasi itu. Gambar ihsan DBKK KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Panggilan untuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut